Monday, December 12, 2016

Mulakan pelaburan emas dengan modal yang rendah


Buat pelaburan emas sebenarnya bukanlah susah sangat. Ia juga boleh dimulakan walaupun seseorang itu tidak mempunyai modal yang besar.


Kebiasaannya, kalau nak melabur kita digalakkan untuk gunakan duit yang kita tak pakai. Maksudnya duit yang kita biarkan ianya tersimpan tanpa sebarang kegunaan. Bukannya duit-duit yang kita akan gunakan dalam masa terdekat sama ada untuk tujuan beli barangan harian, bayar bil-bil, ataupun duit untuk bayar hutang.


Sebaliknya kita gunakan duit yang memang kita tak gunakan.


Duit yang ada lebihan.


Bukan juga duit yang kita dah asingkan untuk tujuan kecemasan.


Kebiasaannya, kita simpan je kekayaan kita dalam bentuk wang simpanan atau cash. Isu dengan simpan aset dalam bentuk cash atau wang tunai ni ialah ianya akan alami susut nilai selepas satu tempoh masa.


RM100 pada hari ini nilainya lebih rendah berbanding RM100 pada tahun 1990. Macam mana kita nak tau sama ada RM100 hari ini mengalami susut nilai atau tidak?


Mudah sahaja.


Kita boleh lihat kepada kuasa beli yang terdapat pada wang kertas tersebut. Cuba bandingkan apa yang boleh dibeli dengan wang kertas pada hari ini jika dibandingkan dengan tahun 1990.


Ini bukanlah bermakna barang jadi makin mahal. Sebenarnya nilai wang kertas kita tu yang mengalami susut nilai.


Perkara yang sebaliknya yang berlaku terhadap emas.


Lagi nilai duit kita susut nilai, nilai emas akan jadi makin naik atau jadi makin tinggi. Ini lah sebab kenapa sesetengah orang kata emas ini adalah alat untuk menyimpan kekayaan. Nilai emas memang agak susah nak jatuh, jika dibandingkan dengan nilai wang kertas.


Untuk mula dalam pelaburan emas, kita boleh mula dengan modal sekitar RM200 - RM250 sahaja sebulan.



Mula beli emas dalam bentuk kepingan emas ataupun Gold Bar. Simpan emas sedikit demi sedikit dan lama kelamaan, anda juga memiliki alat penyimpan kekayaan yang sungguh berkuasa seperti emas ini. 


Pada hari ini, ada beberapa syarikat pengeluar emas yang menawarkan program keahlian yang memberi kelebihan kepada ahli-ahlinya untuk dapatkan emas dengan harga yang lebih rendah dan lebih jimat berbanding harga pasaran.


Salah satu yang popular ialah Program Keahlian Power Gold. Anda boleh lihat dan bandingkan sendiri harga emas yang ditawarkan oleh syarikat ini berbanding harga emas pasaran. Pasti anda akan dapati harganya lebih rendah sedikit berbanding yang terdapat di pasaran.


Jadi untuk yang memang merancang untuk menjadi pelabur emas, namun tidak memiliki modal yang besar, boleh bermula dengan membeli emas keluaran syarikat Power Gold.


Beli emas sedikit demi sedikit, In Shaa Allah lama-lama akan jadi banyak juga. Ia lebih baik berbanding langsung tak bermula.





Friday, December 9, 2016

Pengenalan tentang tiga jenis Pelaburan Emas


"Pelaburan emas! Apa yang anda tahu tentang pelaburan emas?"



Seperti kebanyakan bentuk-bentuk pelaburan yang ada di negara kita, melabur dalam emas dan logam berharga juga memerlukan ilmu.


Bila disebut tentang pelaburan emas, kita tak dapat lari daripada membincangkan perihal tentang bentuk-bentuk pelaburan yang ada di negara kita. 


Manusia semakin hari semakin kreatif dalam memperkenalkan bentuk pelaburan yang melibatkan logam berharga ini.


Namun awas. Pelaburan ini perlu ilmu.


Tanpa ilmu, mungkin akan ada antara kita yang terjebak dalam pelaburan yang ditakdirkan akan gagal sejak dari mula lagi.


Menurut Azizi Ali, dalam bukunya yang berjudul masa untuk emas, terdapat tiga (3) jenis pelaburan emas yang kita boleh pilih, iaitu


(1) Melabur untuk simpan emas fizikal 


Emas fizikal biasanya sama ada dalam bentuk syiling emas (dinar), kepingan emas (gold bar), syiling numismatik, syiling peringatan dan barangan kemas.

Barangan kemas ni kita boleh beli sama ada di kedai-kedai emas ataupun boleh juga beli secara online sahaja.


(2) Melabur untuk dapatkan emas kertas 


Emas kertas ni adalah seperti sijil emas, akaun simpanan emas, saham emas, ETF dan sebagainya. Risiko agak tinggi jika melabur emas dalam bentuk ini dan sudah tentunya seseorang tu perlu ada pengetahuan dan ilmu emas yang sangat luas.


(3) Melabur untuk dapatkan emas perantaraan


Emas perantaraan adalah emas dalam bentuk elektronik. Andai kata anda ada duit. Duit tu anda beli emas, tetapi anda tidak akan dapat emas, sebaliknya anda akan dapat akaun emas. Akaun emas ini pula anda boleh gunakan untuk lakukan sebarang transaksi kerana ia akan dinilaikan dalam bentuk matawang. Ia adalah matawang baru (biasanya digital) yang dinilaikan berdasarkan berapa banyak emas yang kita miliki. 


Baiklah, memandangkan ni merupakan post yang pertama, jadi saya tak akan terangkan secara panjang-panjang disini.  Lagipun, ini baru post pengenalan!


In Shaa Allah, jika diberi kelapangan, saya akan kongsi lebih banyak info tentang emas di sini. 


Sabree Hussin