Friday, December 9, 2016

Pengenalan tentang tiga jenis Pelaburan Emas


"Pelaburan emas! Apa yang anda tahu tentang pelaburan emas?"



Seperti kebanyakan bentuk-bentuk pelaburan yang ada di negara kita, melabur dalam emas dan logam berharga juga memerlukan ilmu.


Bila disebut tentang pelaburan emas, kita tak dapat lari daripada membincangkan perihal tentang bentuk-bentuk pelaburan yang ada di negara kita. 


Manusia semakin hari semakin kreatif dalam memperkenalkan bentuk pelaburan yang melibatkan logam berharga ini.


Namun awas. Pelaburan ini perlu ilmu.


Tanpa ilmu, mungkin akan ada antara kita yang terjebak dalam pelaburan yang ditakdirkan akan gagal sejak dari mula lagi.


Menurut Azizi Ali, dalam bukunya yang berjudul masa untuk emas, terdapat tiga (3) jenis pelaburan emas yang kita boleh pilih, iaitu


(1) Melabur untuk simpan emas fizikal 


Emas fizikal biasanya sama ada dalam bentuk syiling emas (dinar), kepingan emas (gold bar), syiling numismatik, syiling peringatan dan barangan kemas.

Barangan kemas ni kita boleh beli sama ada di kedai-kedai emas ataupun boleh juga beli secara online sahaja.


(2) Melabur untuk dapatkan emas kertas 


Emas kertas ni adalah seperti sijil emas, akaun simpanan emas, saham emas, ETF dan sebagainya. Risiko agak tinggi jika melabur emas dalam bentuk ini dan sudah tentunya seseorang tu perlu ada pengetahuan dan ilmu emas yang sangat luas.


(3) Melabur untuk dapatkan emas perantaraan


Emas perantaraan adalah emas dalam bentuk elektronik. Andai kata anda ada duit. Duit tu anda beli emas, tetapi anda tidak akan dapat emas, sebaliknya anda akan dapat akaun emas. Akaun emas ini pula anda boleh gunakan untuk lakukan sebarang transaksi kerana ia akan dinilaikan dalam bentuk matawang. Ia adalah matawang baru (biasanya digital) yang dinilaikan berdasarkan berapa banyak emas yang kita miliki. 


Baiklah, memandangkan ni merupakan post yang pertama, jadi saya tak akan terangkan secara panjang-panjang disini.  Lagipun, ini baru post pengenalan!


In Shaa Allah, jika diberi kelapangan, saya akan kongsi lebih banyak info tentang emas di sini. 


Sabree Hussin 



 

No comments:

Post a Comment